Wednesday 3 December 2014

Latihan 1

Salin semula petikan di bawah ini dengan menggunakan tanda baca yang betul.


malang sungguh nasibmu siti usahlah bersedih lagi pujuk soh wan ambillah duit lima ringgit ini bagi menjelaskan yuran peperiksaan itu kata soh wah lagi sambil mengulurkan sekeping wang kertas yang berwarna hijau kepada siti bilakah aku mesti membayar kembali wang ini tanya siti ah usahlah kau fikirkan tentang perkara itu jawab soh wah terima kasih soh wah kata siti sama-sama jawab soh wah mereka pun menuju ke kelas kerana loceng sudah berbunyi



Latihan 2

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

1. A "Amboi, lazatnya! Juadah yang awak sajikan ini," kata Lily.
    B "Amboi! lazatnya juadah yang awak sajikan ini, kata Lily."
    C "Amboi, lazatnya juadah yang awak sajikan ini, kata Lily.
    D "amboi, lazatnya juadah yang awak sajikan ini, kata Lily."

2. A "Siapakah yang mengirim surat itu?" tanya Cheah.
    B "Siapakah? yang mengirim surat itu?" tanya Cheah.
    C "Siapakah yang mengirim? Surat itu?" tanya Cheah.
    D "siapakah yang mengirim surat itu, tanya Cheah?

3. A walaupun Nirmala tewas, Dia masih mampu mengukir
        senyuman.
    B Walaupun nirmala tewas dia masih mampu mengukirkan
        senyuman.
    C Walaupun Nirmala tewas, dia masih mampu mengukirkan 
        senyuman.
    D Walaupun Nirmala tewas. Dia masih mampu mengukirkan 
        senyuman!

4. A "wajah awak kelihatan pucat sahaja! Awak sakitkah?"
    B "wajah awak, kelihatan pucat. sahaja awak sakit?"
    C "Wajah awak kelihatan pucat sahaja, awak sakit?"
    D "Wajah awak kelihatan pucat sahaja. awak sakit?"

5. A Barang-barang yang perlu kamu bawa ialah, dua batang 
        pensel, pemadam, pensel warna, dan kertas lukisan.
    B Barang-barang yang perlu kamu bawa ialah dua batang pensel,
        pemadam, pensel warna dan kertas lukisan.
    C Barang-barang yang perlu kamu bawa ialah-dua batang pensel,
        pemadam, pensel warna dan kertas lukisan!
    D Barang-barang yang perlu kamu bawa , ialah dua batang 
        pensel, pemadam pensel warna dan kertas lukisan.





No comments:

Post a Comment