Wednesday 3 December 2014

Latihan 1


"Malang sungguh nasibmu, Siti. Usahlah bersedih lagi", pujuk Soh Wah. "Ambillah duit lima ringgit ini bagi menjelaskan yuran peperiksaan itu," kata Soh Wah lagi sambil mengulurkan sekeping wang kertas yang berwarna hijau kepada Siti. Bilakah aku mesti membayar kembali wang ini? tanya Siti. "Ah, usahlah kau fikirkan tentang perkara itu," jawab Soh Wah. Terima kasih, Soh Wah," kata Siti. "Sama-sama," jawab Soh Wah. Mereka pun menuju ke kelas kerana loceng sudah berbunyi.


Latihan 2

1. C

2. A

3. C

4. D

5. B

Latihan 1

Salin semula petikan di bawah ini dengan menggunakan tanda baca yang betul.


malang sungguh nasibmu siti usahlah bersedih lagi pujuk soh wan ambillah duit lima ringgit ini bagi menjelaskan yuran peperiksaan itu kata soh wah lagi sambil mengulurkan sekeping wang kertas yang berwarna hijau kepada siti bilakah aku mesti membayar kembali wang ini tanya siti ah usahlah kau fikirkan tentang perkara itu jawab soh wah terima kasih soh wah kata siti sama-sama jawab soh wah mereka pun menuju ke kelas kerana loceng sudah berbunyi



Latihan 2

Pilih ayat yang menggunakan tanda baca yang betul.

1. A "Amboi, lazatnya! Juadah yang awak sajikan ini," kata Lily.
    B "Amboi! lazatnya juadah yang awak sajikan ini, kata Lily."
    C "Amboi, lazatnya juadah yang awak sajikan ini, kata Lily.
    D "amboi, lazatnya juadah yang awak sajikan ini, kata Lily."

2. A "Siapakah yang mengirim surat itu?" tanya Cheah.
    B "Siapakah? yang mengirim surat itu?" tanya Cheah.
    C "Siapakah yang mengirim? Surat itu?" tanya Cheah.
    D "siapakah yang mengirim surat itu, tanya Cheah?

3. A walaupun Nirmala tewas, Dia masih mampu mengukir
        senyuman.
    B Walaupun nirmala tewas dia masih mampu mengukirkan
        senyuman.
    C Walaupun Nirmala tewas, dia masih mampu mengukirkan 
        senyuman.
    D Walaupun Nirmala tewas. Dia masih mampu mengukirkan 
        senyuman!

4. A "wajah awak kelihatan pucat sahaja! Awak sakitkah?"
    B "wajah awak, kelihatan pucat. sahaja awak sakit?"
    C "Wajah awak kelihatan pucat sahaja, awak sakit?"
    D "Wajah awak kelihatan pucat sahaja. awak sakit?"

5. A Barang-barang yang perlu kamu bawa ialah, dua batang 
        pensel, pemadam, pensel warna, dan kertas lukisan.
    B Barang-barang yang perlu kamu bawa ialah dua batang pensel,
        pemadam, pensel warna dan kertas lukisan.
    C Barang-barang yang perlu kamu bawa ialah-dua batang pensel,
        pemadam, pensel warna dan kertas lukisan!
    D Barang-barang yang perlu kamu bawa , ialah dua batang 
        pensel, pemadam pensel warna dan kertas lukisan.





Tuesday 2 December 2014

 "Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman."

 "Dunia ini umpama lautan yang luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini"

 "Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"

 "Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu terlalu penting dalam sebuah kehidupan. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang"

 "Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu"

 "Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah"

 "Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak"

 "Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan"

 "Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu.Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera"

 "Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat"

"Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."
Tanda  Baca

1. Tanda baca ialah simbol atau tanda yang digunakan untuk memberri isyarat kepada pembaca supaya melakukan sesuatu dalam bacaan.
2. Ia diletakkan di temapt-tempat tertentu dalam ayat berdasarkan tujuan dan kesesuaiannya.
3. Tanda baca utama ialah :
Tanda Noktah atau titik   ( . )
Tanda koma                 ( , )
Tanda tanya atau soal   ( ? )
Tanda seruan                ( ! )
Tanda sempang atau sengkang  ( - )
Tanda noktah bertindih             ( : )
Tanda pengikat kata atau petik  ( “        “ )

Huruf Besar

Penggunaan
Contoh ayat
a) digunakan bagi huruf pertama kata pada setiap ayat.
a)Rumah itu di atas bukit.
b)Persembahan itu belum tamat.
b) digunakan sebagai huruf pertama petikan langsung.
a)“Adik kamu mana ?” tanya Jamil.
b)Abang bertanya, “Betulkah awak tidak mahu pergi ?”
c) digunakan sebagai huruf pertama dalam ungkapan yang berhubung dengan kitab suci dan nama Alllah, termasuk kata ganti untuk Allah
a)Yang Maha Pengasih,
b)Ampunilah hamba-mu.
c)Semoga Engkau menerima doa kami.
d) digunakan sebagai huruf pertama gelaran kehormatan, keturunan, dan keagamaan yang diikuti nama orang
a)Haji Abdul Ghabur
b)Nabi Muhamad S.A.W
e) digunakan sebagai huruf pertama untuk nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang
Profesor Ahmad Hashim
Sarjan Major Kamarudin , Tengku Iskandar
f) digunakan diawal nama khas
a) Sharipah, Ipoh, Terengganu, Bank Negara
g) digunakan sebagai huruf pertama nama bangsa, suku bangsa, dan bahasa
a)bangsa Melayu
b)orang Minangkabau
h) digunakan sebagai huruf pertama bagi nama rasmi badan, lembaga pemerintah, serta nama dokumen rasmi kecuali kata hubung
a)Lembaga Urusan Tabung Haji
b)Dewan Bahasa dan Pustaka
c)Semenajung Tanah Melayu




2.1 Tanda Titik atau noktah.

Tanda titik digunakan...
Contohnya
(a), pada akhir ayat yang bukan
pertanyaan atau seruan
(a) Kereta ini baru dibeli.
(b) Esok ibu akan ke Kuala Lumpur.
(b) pada akhir singkatan nama orang
Y.A.B. (Yang Amat Berhormat),
En. (Encik)
(c) sebelum tanda penutup kata (")
dalam cakap ajuk
Kata kakak, "Bunga itu sudah layu:"
(d) untuk menunjukkan angka perpuluhan
5.4, 30.2, 1 19.8

2.2 Tanda Koma (,)

Tanda koma digunakan...
Contohnya
(a)bagi mengasingkan kata yang
berturut-turut dalam satu ayat
(a) Ibu membeli ikan, sayur, dan daging.
(b) Abu, Kumar, dan Zaidi pergi ke Muar.
(b)di belakang kata seru
(a) Amboi, merahnya baju kamu !
(b) Eh, Azmi rupanya !
(c)untuk menandakan tempat berhenti
sebentar.
Berikan surat ini kepada ibumu, Ali.
(d) di belakang kata penghubung pada
awal ayat
... Oleh sebab itu, awak diminta hadir.
... Jadi, awak tidak mengaku bersalah?
(e)untuk memisahkan unsur-unsur dalam ayat yang berbeza-beza
Rumah itu besar, tetapi tidak cantik
Katakan saya ke bandar, jika dia datang.
(f)sebelum tanda pembuka kata (") dan
penutup kata (") dalam cakap ajuk
Ravi berkata, "Ini suratnya, encik."
"Terima kasih," jawab Encik Abu.

2.3 Tanda Tanya (?)

Tanda tanya digunakan...
Contohnya
(a) pada akhir ayat tanya
Bilakah adik kamu akan bersekolah?
(b) pada akhir ayat tanya sebelum
tanda penutup kata (")
"Apa yang kamu lihat?" tanya Jimmy.

2.4 Tanda Seru (!)

Tanda seru digunakan...
Contohnya
sesudah penyataan yang berupa seruan, perintah, atau rasa emosi yang kuat
(a)        Wah, perbuatan awak sudah melampau!
(b)        Siapkan kerja itu segera!

2.5 Tanda Titik Bertindih (:)

Tanda titik bertindih digunakan...
Contohnya
(a)        pada akhir sesuatu penyataan
apabila diikuti oleh rangkaian
Barangbarang yang perlu dibawa adalah seperti berikut: parang, sabit, dan cangkul
(b)        untuk memberi penjelasan atau memperkenalkan sesuatu
Tarikh: 3 April 2000
Masa: 2.00 petang
Tempat: Bilik Gerakan


2.6 Tanda Koma Bertitik (;)

Tanda koma bertitik digunakan
Contohnya
(a) untuk memisahkan bahagian-
bahagian ayat yang sejenis dan
setara
Giginya sakit; dia tidak mahu ke klinik.
(b) pada baris pertama pantun dua
erat
Ada ubi ada batas;
Ada budi ada balas.
(c) pada baris kedua pantun empat
kerat
Kalau ada jarum patah,
Jangan disimpan di dalam peti;
Kalau ada silap dan salah,
Jangan disimpan di dalam hati.

2.7 Tanda Sempang (-)

Tanda sempang digunakan...
Contohnya
(a)        untuk menyambungkan kata yang
            diulang dan kata ganda
murid-murid, riuh-rendah
(b)        untuk merangkaikan:
            i           se dengan kata yang berikutnya yang dimulai dengan huruf besar
seMalaysia, seTanah Melayu
ii. ke- dengan angka
iii. angka dengan -an
kali yang ke-10,
tahun 1960-an
(c) memisahkan huruf kecil daripada
huruf besar
rahmat-Mu, hamba-Nya,
sinar-X

2.8 Tanda Petik ("...")


Tanda petik digunakan
Contohnya
(a) untuk mengapit petikan langsung
"Saya belum makan ibu," kata adik.
(b) pada jadual rencana, karangan,
novel, puisi, dan sebagainya
Novel "Esok Masih Ada" memenangi
hadiah pertama.